BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 1 January 2012

:: 2012 ::


salam sayang..salam tahun baru 2011 buat semua.....

hmmm....cik comot pasti semua sahabat2 mesti tengah ataupun dah plan apa azam baru,nak bina semangat baru,cinta baru hehehehe dan apa2 semua yang baru2 lah bersempena dengan tahun baru ni...kan?? :)

okey entry kali ni, cik comot taknak cerita tentang azam baru tapi cik comot nak ajak sahabat2 muhasabah diri cikit tak banyak pun..:) tajuknya...
"hari ini lebih baik dari semalam" :)

“ kelemahan diri bukan untuk ditangisi dan diratapi tetapi untuk diperbaiki”




Kata2 yang pernah  cik comot terbaca dalam satu novel bertajuk ‘ Tautan Hati ‘....kata2 yang mudah untuk dibaca...senang untuk difahami...namun,hakikatnya,pelaksanaannya perlukan sepenuh tenaga,secekal2 hati dan seteguh2 jiwa...jika terkurang sedikit semangat,kelemahan akan terus jadi lemah....kekuatan hanya akan tinggal impian...

Setiap dari kita punya kelemahan...mustahil ada manusia yang sempurna...hanya para anbiya’ layak digelar sedemikian...kita,manusia biasa,yang bergelar INSAN ini pasti punya kelemahan...bezanya cuma,ada kelemahan yang dapat dilihat secara zahir dan ada kelemahan yang tersembunyi....

Biar apa pun kelemahan yang kita ada...itu bukan menjadi punca untuk kita terus lemah,rendah diri tidak tentu waktu...kelemahan itu memanggil2 kita untuk bangun...tidak sabar menanti agar kita berusaha memperbaikinya....

Andai kita lemah dalam memahami apa yang dipelajari...rajin2kan diri bertanya pada sahabat2 yang berdekatan...rajin2kan mata untuk membaca apa sahaja sumber2 ilmu yang berkaitan dengan pelajaran yang tidak kita faham itu...

Jika kita lemah dalam mencari sahabat ~~terlebih pemalu atau terlebih ego~~ cari jalan agar diri lebih mudah diterima dan menerima insan2 yang hadir dalam hidup kita sehari2...kita tidak akan mampu merempuh pengembaraan dunia ini sendirian...Rasulullah SAW sendiri punya sahabat dalam usaha da’wah baginda,inikan pula kita,insan yang mudah lupa,mudah leka dan lalai...carilah sahabat yang baik seramai mungkin agar mereka bisa sahaja membantu dan mengingatkan kita ketika kita memerlukan peringatan...insyaAllah...

Bila kita sedar dan tahu bahawa kita sukar dan berat untuk bangun subuh ( dan waktu2 solat yang lain juga ) di awal waktu,maka,tidurlah awal agar diri mudah bangun keesokan harinya...minta bantuan pada Allah agar dipermudahkan anggota badan ini untuk bangun mendirikan solat....ambil contoh sahabat2 yang sebilik dengan kita,andai mereka mampu bangun solat di awal waktu,kita juga mampu....insyaAllah...

Kelemahan kita boleh dibaiki....semuanya terletak pada hati dan diri sendiri...andai hati mahu,anggota lain juga akan bergerak....bukankah ada pepatah mengatakan bahawa hati itu adalah raja?

Tiada alasan untuk terus duduk berteleku menangisi dan meratapi kelemahan diri...

Allah sudah beri cukup pancaindera untuk kita terus menuju sesuatu yang lebih baik.... sekian untuk entry kali ini..wassalam:)

p/s :Ayuh,tanamkan azam..kuatkan semangat...pacak teguhkan jati diri agar hari esok senantiasa lebih baik dari hari ini...insyaAllah...^_^- ingatan tulus ikhlas buat sahabat2 serta untuk diri cik comot juga*_~

0 comments: