BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 22 October 2011

.: BERLAPANG DADA :.

salam ukhuwwah buat semua..
sebelum kita sedang ingin melelapkan mata untuk melabuhkan tirai malam pada hari ini..adalah baiknya kita bermuhasabah diri sebentar... apakah hari ini lebih baik dari semalam?? huhuhu


Jum..Mulakan hari esok dengan sesuatu yang bermanfaat dan membuatkan hari-hari kita lebih bermakna...jika kita masih lagi diberi kesempatan untuk melihat dunia yang fana ini..

Setting minda kita untuk dilapangkan pada hari esok, adjust perasaan kita untuk menjadi lebih tenang dan damai serta practic diri kita untuk bertindak sesuai mengikut keadaan pada hari esok..semoga hari esok lebih baik dari hari ini...^_^

Hmmmm....memulakan hari dengan berbagai-bagai perasaan, mampukah kita mengawal perasaan tersebut?? Persoalan yang juga saya tuju kepada diri sendiri?! Antara benda yang perlu kita lakukan dalam meniti hari-hari kita adalah dengan berlapang dada...namun,berlapang dada bukanlah perkara mudah dilakukan sepertimana kita mampu untuk katakan... Perkara yang hakikatnya sukar untuk dilakukan dalam satu-satu situasi....dan kadang kala, menjadi lebih sukar dengan orang yang rapat dengan kita dan dalam situasi yang kita sudah terbiasa...Tapi, dengan berlapang dada jugak lah, sesuatu perkara tu dapat menjadi lebih baik... 



tommei adalah sahabat yang sentiasa berlapang dada...^_^


Berlapang dada mengajar kita sebagai manusia supaya mengetepikan syak wasangka kita pada manusia lainnya...Mengajar kita untuk berfikiran lebih optimis, memberi ruang untuk minda kita berfikiran lebih terbuka, membantu kita untuk berfikiran positif terhadap diri sendiri serta orang lain dan persekitaran.. Melatih diri untuk menerima pandangan orang lain dalam masa yang sama berfikir dengan cara yang terbaik...Berlapang dada hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang tanpa mengusutkan fikiran dengan prasangka yang hanya akan mendatangkan mudharat...huhuhu

Berlapang dada juga mengelakkan berlakunya persengkataan, permusuhan, dendam serta mengurangkan ketidakpuasan hati sesama manusia...saling bermaafan sesama manusia serta mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama Islam...

Memang diakui, berlapang dada bukanla perkara mudah, namun tidak bermakna ia tidak mampu untuk dilakukan! bersama-samalah kita melatih diri dan mempraktikkan diri untuk berlapang dada terhadap sesama manusia...semoga dengan sikap yang lebih baik ini, hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya...InsyaAllah.. 



p/s : segala apa yang kita rancang hari ini dan untuk hari esok mahupun untuk  hari-hari seterusnya... haruslah diingatkan bahawa ALLAH SWT telahpun punya sebaik-baik perancangan buat kita semua... apa yang penting kita berlapang dada disertai dengan doa+usaha+tawakkal... setuju tak kawan-kawan??^___~

0 comments: